BeRLaRi KeLaNgIt...

MeNcaPai ReDhANyA MaTLaMaT DiNanTi..

Search This Blog



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini penulis berkesempatan berjumpa dengan saudara mara penulis, hu,hu... Ramai woo... itu pun ramai lagi yang penulis tidak jumpa lagi...
Seperti Biasa Raya pose di Batang Kali di rumah penulis.. Yang Juga Kampung Sebelah Mak Penulis...Raya Haji baru balik Kelantan..he,he...



Penulis tanya Kepada Adik2 sedara Penulis....
Apa Cita-cita KoranG????
Ada Yang jawab Jadi Doktor...ada Yang Nak jadi Cikgu macam Penulis..
Ada Nak jadi Power Rangers tak pun Jadi Kamen Rider (Adik Penulis).. hu,hu...
Tak per....yang Penting kena ada cita-cita....
So.. untuk itu ..



Apakah cita-cita kita?
Mengapakah kita memilih cita-cita tersebut? Boleh dikatakan setiap insan yang waras mempunyai cita-cita. Mungkin untuk menjadi doktor, pensyarah atau cikgu apabila dewasa kelak. Cita-cita merupakan matlamat hidup seseorang. Tanpa cita-cita hidup seseorang itu sia-sia hu,hu… Bagi PenuLis lah…
Pernahkan anda mendengar seseorang itu bercita-cita menjadi penoreh getah? Tukang kebun? Atau suri rumah tangga?

Sewaktu penulis di tahun 1 pada tahun 1993. penulis pernah melihat kad biodata seorang rakan sekelas penulis. Tertulis cita-citanya menjadi seorang penoreh getah! Pada waktu itu penulis terfikir kenapa rakan tersebut nak ingin menjadi penoreh getah? Padahal pada waktu itu ramai yang bercita-cita menjadi doktor, askar, atau cikgu. Waktu penulis di sekolah rendah hingga tahun 5 itulah yang mengisi kad biodata. Dan apabila naik ketahun 6 cita-cita penulis dari Hakim bertukar menjadi Perdana Menteri setelah terkesan dengan cerita Hindustan Gandhi pejuang menuntut kemerdekaan India dan membuatkan penulis teringin mengenali Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir setahun sebelum permasalahan politik Negara (PM vs TPM)paham2 jer la.. Apabila di sekolah menengah cita-cita saya bertukar menjadi Cikgu, wartawan dan Sasterawan Negara.




Kenapa cita-cita kita berubah apabila umur kita berubah? Dan apa yang mempengaruhi cita-cita seseorang?
Sebenarnya dalam masyarakat kita, cita-cita lebih ditafsirkan sebagai pekerjaan. Bila besar nanti nak kerja apa?
Pengaruh yang paling besar dalam menentukan cita-cita seseorang adalah persekitaran terutama ibu bapa. Jadi tidak hairanlah jika seorang ayah doktor, anaknya pun ingin menjadi doktor. Itu mungkin sebab mengapa rakan penulis tadi memilih untuk menjadi penoreh getah kerana kedua-dua orang tuanya adalah penoreh getah. Hu,hu…. Dua Tahun yang lepas getah mahal… Kawan Penulis kerja Posmen sanggup berhenti kerja Jadi Penoreh Getah sepenuh Masa,..hasilnya Kereta Perdana Sebuah ditepi Rumahnya..dan kini kawan penulis tu dah mewar-warkan kepada rakan-rakan kampung yang len bahawa dia nak jual keretanya kerana getah dah jatuh harga… sadis tul…

Selain faktor persekitaran, pengetahuan juga mempengaruhi cita-cita seseorang. Sewaktu di sekolah rendah, penulis hanya tahu Perdana Menteri ,Hakim, peguam, cikgu, doktor, askar dan polis merupakan pekerjaan yang bergaji besar. Oleh kerana dilahirkan dalam keluarga sederhana, penulis bercita-cita untuk menjadi orang kaya dan penulis memilih untuk menjadi Perdana Menteri, Hakim, atau doktor. Pada waktu itu cita-cita penulis adalah disebabkan oleh faktor keluarga dan suasana.
Tetapi apabila di sekolah menengah, kauselor sekolah (tak ingatlah nama dia) penulis , sering memberi ceramah mengenai kerjaya dan masa depan menyebabkan penulis mula terfikir mengenai cita-cita penulis. Ketika cuti sekolah penulis sudah mula mencari duit sendiri dengan membantu pak cik yang berniaga di kedai runcit ( jadi kuli..hu,hu..sehari rm10) . Di sini minat penulis untuk menjadi businessman mula berputik ditambah pula dengan minat dengan pengajaran Cikgu KH bagi matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah dulu.



Jadi sebagai kesimpulanya, 2 faktor penting yang mempengaruhi cita-cita seseorang adalah ilmu dan persekitaranya. Jadi untuk memastikan anak-anak kita (bagi yang ada anak dan bakal ada anak macam penulis he,he…)ada mempunyai cita-cita yang baik, doronglah ia dengan ilmu dan pengaruh berkaitan dengan cita-cita tersebut.
Jika ingin anak menjadi seorang Perdana Menteri, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menanam cita-cita tersebut
Sekian, wassalam….
p/s : PeNulis berdoa agar Allah kurniakan anak yang boleh Jadi Imam bagi SoLat Jenazah Penulis nanti bila dah dikapankan.. amin….

0 comments:

Post a Comment

Jam sekarang pukul:

Anda Pengunjung yang ke:

About this blog

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
SaPeR SaYe.. NaMa diBeri AbDuL AziM b. MoHd NasRi. SeOraNg MaHasisWa JuRusaN PeNdiDikaN IsLaM YaNg MaSih KiRanYa MenunTut Di UniVersiti PeNdiDikan SuLtaN IdRis di TaNjuNg MaLiM. MeRupaKaN bEkaS PeLajaR SeKoLah AgaMa MeNeNgah TiNggI KuALa KuBu BharU (SAMTKKB) daN BeKaS MahaSiswA KoLeJ UniversItI IsLam AntaraBangsa SelaNgor (KUIS).sUka Jugak MeNulis naMun JaraNg sKrang UntuK MenuLis seBab skanG guNa LaptoP soo.. TaIp Jer La Kan.. NaMun seRinG JuGa ketaNduSaN iDea. BLoG iNi AdalaH LanDasaN bagiNya DaLaM berkonGsi dan meNyuaRakaN pendaPaT dALaM peLbagAi isu berkaitan KeHiduPan EkoNoMonEy, pool itik, peribadi, MoTiVasi, KeMatiaN, AgaMa dan MacaM2. TeRiMalh Kasih keRaNa sudi MeLayaRi BloG yang serba KeKuRanGan Ini. seOraNg ManUsIA PeRlU lah sEntIasA ZikIr dan FikiR.. daLaM pe Jua KeaDaaN MeMaNdanG Ke LangIt SeakaN IngIN beRlaRi KeLanGit.. WaLauPun hakikatNya kaLu Melompat pUn TidaK saMpai Semeter..
Powered by Blogger.