BeRLaRi KeLaNgIt...

MeNcaPai ReDhANyA MaTLaMaT DiNanTi..

Search This Blog




Penulis sering sahaja terfikir benda yang sama tatkala ketika yang sama dan detik yang sama, adakah kita cukup sekadar mengibarkan bendera di rumah dan premis perniagaan dan berteriak melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka? (kadang-kadang tak ubah Macam orang gile)

Pandangan Penulis sebagai Mahasiswa kepada Generasi Muda dan Mahasiswa. Pada era serba canggih kini, peranan mahasiswa bukan saja menjadi alat ekonomi, tetapi juga perlu memikirkan hal ehwal negara. Mahasiswa hari ini perlu menanamkan semangat jati diri iaitu patriotisme dengan menginsafi bahawa nikmat pembangunan dan kemudahan pelajaran sekarang ini adalah antara kesan apa yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Bukan nak bising tapi perlulah diingatkan, kemerdekaan ini perlu dibalas oleh kita, generasi muda dengan memikirkan bagaimana membangunkan sahsiah insan merdeka supaya rasa cinta tidak akan hilang begitu saja seperti berlalunya tarikh bersejarah 31 Ogos 2009 nanti. Penulis juga kadangkala terpikir. Adakah semangat patriotisme hanya ada pada hari bersejarah? Tapi bagi penulis sebaliknya ia perlulah disemadikan di dalam hati sepanjang masa hatta jika masa itu langsung tidak berdetik(MATI)..




Dalam keadaan bila mana penulis cuba mencari apa yang ada pada kita..? Bangsa Melayu atau orang Melayu sebagai empunya kepada Negara ini tiba-tiba penulis tertarik dengan tayangan movie dikaca televisyen semalam.. HATI MALAYA 1957 ia telah memberi sebuah pengajaran dan jawapan kepada penulis bahawa kita yang hidup pada era canggih ini jangan lupa pada jasa ketuanan Bahasa Melayu yang menjadi alat kita memerdekakan Tanah Melayu dari serangan idealogi penjajah pada masa dulu.

Bahasa kebangsaan bukan milik orang Melayu saja, tetapi milik kita bersama, milik pencinta bahasa. Janganlah kita terlalu agungkan bahasa Inggeris hingga melupakan kepentingan bahasa tempatan yang digunakan seharian.

Penulis ingin membawa fikiran dan hati generasi muda agar jangan lupa dan terleka bahawa kemerdekaan yang kita laungkan dalam bahasa kebangsaan iaitu Merdeka! Merdeka! Merdeka! Adalah hasil daripada tokoh-tokoh yang banyak bersusah payah bahasa seperti Zaaba dan sebagainya dalam mendaulatkan bahasa yang memerdekakan tanah air.

Universiti di negara hari ini harus menyediakan program khas menyambut kemerdekaan baik berbentuk perbahasan, syarahan, perhimpunan patriotism, ala pembentukan kerohanian selain menyertai program anjuran kerajaan.

Oleh itu, penulis ingin mengajak generasi muda sebagai golongan pasca kemerdekaan, mahasiswa hari ini sebenarnya perlu bersedia berkerja keras bagi menjadikan Malaysia, setanding negara maju lain, tanpa meninggalkan identiti dan kebudayaan masyarakat kita dan tidak mengagungkan budaya barat yang kian menular.

Pada hari ini, penjajahan Barat bukan saja dalam bentuk ketenteraan tetapi meliputi ekonomi, sosial dan politik. Generasi Muda harus memandang ke hadapan dengan bekalan ilmu pengetahuan dan semangat jati diri bangsa Malaysia.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata tanggungjawab golongan muda hari ini ialah memikul keamanan negara selepas golongan terdahulu bersusah payah menyabung nyawa menjaga keamanan negara selama 50 tahun. Angka 50 ini harus dipegang remaja supaya berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka. Generasi Muda perlu bersedia agar tidak mudah leka dengan kesenangan sekarang. Bulatkan tekad untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara dengan belajar bersungguh-sungguh.



Penulis berdoa dan berharap dengan bantuan Allah adalah diharap Generasi Muda dan masyarakat amnya terus memastikan tanah air kita tidak dijajah pemikirannya, rohaninya dan Seluruhnya kembali oleh penjajahan. Malaysia harus disayangi sehingga akhir hayat.

MeRDeKA!!! MeRdeKa!!! MeRDeKA!!!



Nie GaMba PeNuLisNye MaDEL N HaMPer( Dah MakaN xsemPat ambik Gamba..)
BarU-baRu nie peNuliS telah meMasuKi PerTanDiNgaN PeNuLisAn PuIsi seMpeNa SaMbuTan BuLan KeMerdekaaN yaNg dianJurkan OleH KolEj AmiNuddin BaKi(KAB) KoLeJ KedIaMan PeNuLis..Hu,hu... TiDaK SaNgkA PuLaK PeNuLis, DaLaM SerIbu OrAnG Di KoleJ KeDiaMan KAB tue.. PeNuLis DaPaT No1... PeNuLis tiDaK SaNgKa PuisI berTeMakaN KeMerDeKaaN itu Di SuKai PaRa-PaRa JuRi..
AlHaMdUlillAH.. SeMoGa KeMeNanGan Ini MenJaNa daN MemBeri SeManGat UnTuK PeNulIs MeNgemBangKan BaKaT DaN juGa MeNerusKan peRJuaNgan PeNulis DaLam BidaNg PeNulisaN daN KesENiaAN..

IniLah PuisI PeNuLis YaNG MenGGoDol TeMpAt PeRtaMA, KaLu de CommEnT yang meMbinA siLaKanLah sekuRang-KuranGNya dapaT MemBantu PenuLis Yang Masih MenTah dALam LanDasaN ini.. :-

PADA SIAPA MERDEKA ITU?

Bukan Jadi ketitir di sangkarama menyanyi riang
biarpun rantai di kaki tidak peduli.
Bukan seperti gagak
Jerih mencari ulat di bumi
Dihina, dicaci
Bukan juga burung hantu meratapi
Keruntuhan istana yang tiada lagi.

Sedu tangis ini bukan ratapan tewas
Gelak tawa itu bukan rintihan kegembiraan
Susah, senang , penat jerih , pengorbanan,
pahit maung disulam kelat,
diperam maung di jiwa menerobos
Nah,Lihat penjajah yang datang berlenggang
Pergi tertempang – tempang keberatan
Kerna dijentik hidungnya si anak Bangsa,
Negara digengam milik siapa?

Kepingin Merdeka?
Ambil, ambil
ia milik kau tuan berwajah hamba
Sinis si kulit putih berwajah tuan
Berhati beta terpaksa rela


Separuh abad lamanya
Bertaut kelip-kelip membunuh gelap
Merangkak cahaya bak mentari gah berdiri
Dan Mereka bersempadan perlu visa memandang ke langit terbening dek cahaya Negara tuan berwajah hamba ini.

kini
Yang menjentik
Darahnya kering tulangnya merekah
Yang tinggal hanya kita
Generasi berwajah hamba
penyambung harapan
menolak petulang bermata dua bertanduk dua.
Dan Merdeka tetap milik kita
Merdeka!!

pasifis_PWN@yahoo.com.au


Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."


"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".


"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"


Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".


"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." " Ja ngan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"



Semalam ketika mana penulis sedang berehat di dalam bilik sambil beborak dengan sahabat seperjuangan tiba-tiba penulis teringat kampong halaman… terbayang gambaran rumah di mata. Tiba-tiba sesuatu persoalan menjelma difikiran penulis.


Apa itu Rumah?

Adakah rumah itu sekadar rumah yang diperbuat dari batu atau kayu ditambah simen dan sebagainya yang mana ia jadi tmpat untuk kita berteduh dari panas hujan, tempat istrihat (ntah betul ke x ejaan nie..) atau tempat tidur dan sebagainya…Tapi, hakikatnya sebuah rumah itu adalah perlu bagi kita sebagai manusia untuk tempat berlindung. Namun, cuba kita fikirkan dan gali dengan lebih dalam sedalam-dalam yang boleh apa sebenarnya rumah itu..

Apakah peranan rumah dan isi rumah sebenarnya?

Semestinya jika kita lihat dengan mata hati.. Rumah sebenarnya adalah sebuah tempat pembentukkan karakter dan personaliti seseorang. Malah semestinya mungkin lebih dari sebuah tempat tinggal.

Siapa dia? Dialah anak Seman( bukan nama sebenar) suka sangat buat hal..ntah camne bapa dia ajar dia, teruk budaknya. Kadang kala itulah suara-suara yang kita dengar dari mulut-mulut mereka yang putih rambutnya. Memang betul Rumah adalah sebuah tempat transatter yang mana segala pembentukkan anak-anak atau seseorang itu adalah dipengaruhi oleh suasana dan keadaan dari rumah. Andaikata baik suasana dan emosi rumah itu maka baiklah isi rumah itu, begitu juga sebaliknya.. Tapi persoalannya sejauhmana rumah memainkan peranan sebagai transatter utama personaliti anak2 atau personaliti itu hanya sekadar di rumah tapi bila jauh dari rumah sebaliknya.. sama-sama kita fikir-fikirkan....NaK baLik KampuNG..Hu,hu.hu..

Jam sekarang pukul:

Anda Pengunjung yang ke:

About this blog

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
SaPeR SaYe.. NaMa diBeri AbDuL AziM b. MoHd NasRi. SeOraNg MaHasisWa JuRusaN PeNdiDikaN IsLaM YaNg MaSih KiRanYa MenunTut Di UniVersiti PeNdiDikan SuLtaN IdRis di TaNjuNg MaLiM. MeRupaKaN bEkaS PeLajaR SeKoLah AgaMa MeNeNgah TiNggI KuALa KuBu BharU (SAMTKKB) daN BeKaS MahaSiswA KoLeJ UniversItI IsLam AntaraBangsa SelaNgor (KUIS).sUka Jugak MeNulis naMun JaraNg sKrang UntuK MenuLis seBab skanG guNa LaptoP soo.. TaIp Jer La Kan.. NaMun seRinG JuGa ketaNduSaN iDea. BLoG iNi AdalaH LanDasaN bagiNya DaLaM berkonGsi dan meNyuaRakaN pendaPaT dALaM peLbagAi isu berkaitan KeHiduPan EkoNoMonEy, pool itik, peribadi, MoTiVasi, KeMatiaN, AgaMa dan MacaM2. TeRiMalh Kasih keRaNa sudi MeLayaRi BloG yang serba KeKuRanGan Ini. seOraNg ManUsIA PeRlU lah sEntIasA ZikIr dan FikiR.. daLaM pe Jua KeaDaaN MeMaNdanG Ke LangIt SeakaN IngIN beRlaRi KeLanGit.. WaLauPun hakikatNya kaLu Melompat pUn TidaK saMpai Semeter..
Powered by Blogger.