Baru-baru nie PenuLis teLah Menerima Sepucuk Surat... inGatkan suRat CiNta..
RuPeNyer KaD KaWeN..
SapA KaweN???
ooo... RuGinyer Aku xkaweN lagi.....he,he...
Nie BuKan KaD SebeNar...hu,hu..
Luahan MoNoloG Buat SaHabaT YanG BaKal BiNa MasJiD RaYe Nie...
Sahabat,
ketika pertama kali aku kenalimu,
ketahuilah bahawa aku tau ko orang yang baik
Sahabat,
Trima kasih sebab jadi sahabat aku,
Sahabat,
Aku masih menanti kad jemputan perkahwinanmu yang tak kunjung tiba lagi
Sahabat,
Aku nak solat Isya’ ... sebab dah azan.
Lepas TeraWih nih aku sambung ek?
*******
okay, aku sambung balik..
MaaF aku terJumpa NotA nie dalam Laci Ko ari tue..he,he..JanGan Mare..
Sahabat,
Tahniah sebab tak lama lagi ko akan mendirikan rumahtangga
akulah orang ke- 100 paling happy.
knapa 100? sebab yang 1st mestilah ko, yang second ayah ko.. then ramai lagi
pastu baru aku.
Sahabat,
jadilah suami yang adil..
suami yang adil tu macam mana?
ntah aku pon tak tau sebab aku belum kahwin lagi.
Sahabat,
Harap2 lepas kahwin ko dah tak menghadapi tekanan jiwa yang kronik lagi kay?
Aku kesian kat ko sebab menerima dugaan hebat sebagai seorang lelaki,
sebab ko ada 'X' factor yang membuatkan perempuan selesa bila bercakap dengan ko
sebab 'X' factor tu ramai yang menaruh hati kat ko
tak tau lah lepas ko kahwin ade lagi yang sanggup menanti
harap- harap diorang dapat terima kenyataan ni..
Sahabat,
lepas ko kahwin ko akan naik pangkat daripada 'bujang' kepada 'suami'
Aku ade kawan yang dah naik pangkat 'bapa'
blaja sekali ngan aku dulu Kat sana Dulu...
Aku still pangkat 'bujang' lagi
tak tau la ble bole dapat 'promotion' hehe
Sahabat,
Selepas kahwin nanti,
tanggungjawab kau pasti akan bertambah banyak.
so, harapan aku janganlah kau melepaskan tanggungjawab dalam dunia dakwah
separuh agama kau dah sempurna, so.. lebih mudah bukan untuk bergerak?
atau perkahwinan ni dapat menjadi alasan kukuh untuk kau mengelak?
fikir- fikirkan.
Sahabat,
Ini bukanlah nasihat untuk kau,
cuma luahan hati kegembiran dari seorang rakan,
aku sambut nasi minyak kau dengan senyuman,
berdoa agar kau dilimpahi kerahmatan,
semoga perkahwinanmu akan menjadi kekuatan,
untuk kau berjuang meredah gelora ujian tuhan,
menguatkan kau dalam menyampai seruan Allah kepada insan yang sedang tidur
'SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA!'
-macam pelik sikit bunyinya-
Wassalam
ditujukan kepade sahabatku yang berada nun jauh di sana.
Search This Blog
Sep
10
Posted by
pAsiFiS
0 comments:
Post a Comment