BeRLaRi KeLaNgIt...

MeNcaPai ReDhANyA MaTLaMaT DiNanTi..

Search This Blog




Penulis sering sahaja terfikir benda yang sama tatkala ketika yang sama dan detik yang sama, adakah kita cukup sekadar mengibarkan bendera di rumah dan premis perniagaan dan berteriak melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka? (kadang-kadang tak ubah Macam orang gile)

Pandangan Penulis sebagai Mahasiswa kepada Generasi Muda dan Mahasiswa. Pada era serba canggih kini, peranan mahasiswa bukan saja menjadi alat ekonomi, tetapi juga perlu memikirkan hal ehwal negara. Mahasiswa hari ini perlu menanamkan semangat jati diri iaitu patriotisme dengan menginsafi bahawa nikmat pembangunan dan kemudahan pelajaran sekarang ini adalah antara kesan apa yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Bukan nak bising tapi perlulah diingatkan, kemerdekaan ini perlu dibalas oleh kita, generasi muda dengan memikirkan bagaimana membangunkan sahsiah insan merdeka supaya rasa cinta tidak akan hilang begitu saja seperti berlalunya tarikh bersejarah 31 Ogos 2009 nanti. Penulis juga kadangkala terpikir. Adakah semangat patriotisme hanya ada pada hari bersejarah? Tapi bagi penulis sebaliknya ia perlulah disemadikan di dalam hati sepanjang masa hatta jika masa itu langsung tidak berdetik(MATI)..




Dalam keadaan bila mana penulis cuba mencari apa yang ada pada kita..? Bangsa Melayu atau orang Melayu sebagai empunya kepada Negara ini tiba-tiba penulis tertarik dengan tayangan movie dikaca televisyen semalam.. HATI MALAYA 1957 ia telah memberi sebuah pengajaran dan jawapan kepada penulis bahawa kita yang hidup pada era canggih ini jangan lupa pada jasa ketuanan Bahasa Melayu yang menjadi alat kita memerdekakan Tanah Melayu dari serangan idealogi penjajah pada masa dulu.

Bahasa kebangsaan bukan milik orang Melayu saja, tetapi milik kita bersama, milik pencinta bahasa. Janganlah kita terlalu agungkan bahasa Inggeris hingga melupakan kepentingan bahasa tempatan yang digunakan seharian.

Penulis ingin membawa fikiran dan hati generasi muda agar jangan lupa dan terleka bahawa kemerdekaan yang kita laungkan dalam bahasa kebangsaan iaitu Merdeka! Merdeka! Merdeka! Adalah hasil daripada tokoh-tokoh yang banyak bersusah payah bahasa seperti Zaaba dan sebagainya dalam mendaulatkan bahasa yang memerdekakan tanah air.

Universiti di negara hari ini harus menyediakan program khas menyambut kemerdekaan baik berbentuk perbahasan, syarahan, perhimpunan patriotism, ala pembentukan kerohanian selain menyertai program anjuran kerajaan.

Oleh itu, penulis ingin mengajak generasi muda sebagai golongan pasca kemerdekaan, mahasiswa hari ini sebenarnya perlu bersedia berkerja keras bagi menjadikan Malaysia, setanding negara maju lain, tanpa meninggalkan identiti dan kebudayaan masyarakat kita dan tidak mengagungkan budaya barat yang kian menular.

Pada hari ini, penjajahan Barat bukan saja dalam bentuk ketenteraan tetapi meliputi ekonomi, sosial dan politik. Generasi Muda harus memandang ke hadapan dengan bekalan ilmu pengetahuan dan semangat jati diri bangsa Malaysia.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata tanggungjawab golongan muda hari ini ialah memikul keamanan negara selepas golongan terdahulu bersusah payah menyabung nyawa menjaga keamanan negara selama 50 tahun. Angka 50 ini harus dipegang remaja supaya berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka. Generasi Muda perlu bersedia agar tidak mudah leka dengan kesenangan sekarang. Bulatkan tekad untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara dengan belajar bersungguh-sungguh.



Penulis berdoa dan berharap dengan bantuan Allah adalah diharap Generasi Muda dan masyarakat amnya terus memastikan tanah air kita tidak dijajah pemikirannya, rohaninya dan Seluruhnya kembali oleh penjajahan. Malaysia harus disayangi sehingga akhir hayat.

MeRDeKA!!! MeRdeKa!!! MeRDeKA!!!

0 comments:

Post a Comment

Jam sekarang pukul:

Anda Pengunjung yang ke:

About this blog

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
SaPeR SaYe.. NaMa diBeri AbDuL AziM b. MoHd NasRi. SeOraNg MaHasisWa JuRusaN PeNdiDikaN IsLaM YaNg MaSih KiRanYa MenunTut Di UniVersiti PeNdiDikan SuLtaN IdRis di TaNjuNg MaLiM. MeRupaKaN bEkaS PeLajaR SeKoLah AgaMa MeNeNgah TiNggI KuALa KuBu BharU (SAMTKKB) daN BeKaS MahaSiswA KoLeJ UniversItI IsLam AntaraBangsa SelaNgor (KUIS).sUka Jugak MeNulis naMun JaraNg sKrang UntuK MenuLis seBab skanG guNa LaptoP soo.. TaIp Jer La Kan.. NaMun seRinG JuGa ketaNduSaN iDea. BLoG iNi AdalaH LanDasaN bagiNya DaLaM berkonGsi dan meNyuaRakaN pendaPaT dALaM peLbagAi isu berkaitan KeHiduPan EkoNoMonEy, pool itik, peribadi, MoTiVasi, KeMatiaN, AgaMa dan MacaM2. TeRiMalh Kasih keRaNa sudi MeLayaRi BloG yang serba KeKuRanGan Ini. seOraNg ManUsIA PeRlU lah sEntIasA ZikIr dan FikiR.. daLaM pe Jua KeaDaaN MeMaNdanG Ke LangIt SeakaN IngIN beRlaRi KeLanGit.. WaLauPun hakikatNya kaLu Melompat pUn TidaK saMpai Semeter..
Powered by Blogger.